Sunday, May 11, 2008

Mentari di ufuk timur


assalamualaikum

Saturday, May 10, 2008

Parking Lot pelajar


Tempat letak kenderaan para pelajar
bersebelahan dengan hostel pelajar
mampu memuatkan 100 kenderaan
pada satu masa. Tempat parking motor juga dilengkapi dengan palang besi untuk pelajar mengunci kenderaan masing-masing untuk memastikan keselamatan terjamin.selain rondaan 24 jam oleh pengawal keselamatan.

Friday, May 9, 2008

Hostel


Hostel bagi penempatan para siswa dan siswi Universiti Malaysia Pahang.
Lokasi yang strategik berdekatan dengan bilik kuliah dan selesa dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti wifi,kedai runcit,cafeteria,padang bola keranjang dan masjid. Hostel ini juga disediakan pondok pengawal keselamatan yang bertugas 24jam untuk memastikan keselamatan para pelajar.
Dibahagi kepada dua bahagian iaitu hostel lalaki dan hostel perempuan.
pusat aduan juga disediakan sekiranya terdapat kerosakan atau sebarang masalah yang timbul dan tindakan drastik akan diambil bagi memastikan keselesaan pelajar diutamakan.....

Universiti Malaysia Pahang

kediaman kampus UMP


Pada masa ini, UMP beroperasi di bandar Gambang, kira-kira 30 kilometer daripada ibu negeri Pahang, Kuantan. Dihubungkan oleh Lebuh Raya Pantai Timur. Perjalanan ke Universiti ini dari Kuala Lumpur menggunakan kenderaan hanya mengambil masa dua jam setengah. Kampus sementara UMP yang berkelusan 54.1 ekar dapat menampung kira-kira 5,00 orang pelajar. Kampus Tetap UMP yang terletak di Kuala Pahang, Pekan , Pahang masih dalam proses pembinaan. Fasa pertama kampus tetap tersebut dijangka akan siap dan sedia untuk diduduki pada tahun 2009. Apabila siap sepenuhnya nanti, kampus tersebut yang berkeluasan 1,842.4 ekar mampu menampung seramai 10,000 orang pelajar dan 2,000 staf.